Dua lelaki ditahan bakar Modenas Kriss sebab berang dengan ekzos bising

1336

Sebuah Modenas Kriss dibakar oleh dua lelaki, kerana difahamkan berang dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh ekzos motosikal berkenaan.

Modenas Kriss

Kejadian berlaku di Jalan Aman Tambahan, Puchong, pada Ahad lalu.



Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pemilik Modenas Kriss berusia 19 tahun telah meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

“Kira-kira setengah jam kemudian, lelaki itu datang semula ke tempat berkenaan dan mendapati motosikalnya terbakar,” kata Abd Khalid.

“Lelaki itu turut menerima satu rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp seorang lelaki sedang membakar motosikal tersebut,” tambahnya.

Lanjut Abd Khalid, jumlah kerugian dianggarkan RM1,000.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Katanya, soal siasat kedua-dua suspek mengaku membakar motosikal mangsa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here