Penunggang basikal cedera parah jatuh gaung setinggi enam meter

1114

Seorang penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di Johor Bahru, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini.



Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung terbabit.

penunggang basikal

“Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya,” tambahnya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here