Utama Berita Automotif Berita Global Pesawat bawa pemain, presiden kelab bola sepak Brazil terhempas

Pesawat bawa pemain, presiden kelab bola sepak Brazil terhempas

678
Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas dalam kejadian yang berlaku di Tocantins.
pesawat terhempas
Menurut jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan, pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.
Para pemain kelab Palmas FR itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova. Mereka yang terkorban ialah presiden kelab, Lucas Meira, juruterbang dan empat pemain iaitu Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.
 
Punca kemalangan sedang disiasat.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here