Polis tahan wanita kurang siuman rosakkan kenderaan di tempat parkir

883

Polis menahan seorang wanita selepas merosakkan beberapa kenderaan di kawasan parkir di hadapan Plaza 333, Penampang, Sabah, baru-baru ini.

kenderaan wanita

Wanita terbabit didakwa menggunakan batang paip untuk memukul beberapa kenderaan yang parkir.



Orang awam yang melihat kejadian itu kemudiannya menahannya sebelum anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang tiba.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7:42 malam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai tidak siuman.

“Wanita itu sudah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut,” kata Mohd Haris.

Lanjut Mohd Haris, tiga individu dipercayai pemilik kereta sudah dikenal pasti dan dua daripadanya sudah membuat laporan polis.

“Hasil daripada rakaman percakapan semua mangsa, mereka tidak mahu meneruskan tindakan kerana wanita itu kurang siuman. Mereka membuat laporan untuk tujuan tuntutan insuran sahaja,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here