Tertekan pedal, van dipandu remaja tiada lesen rempuh kedai serbaneka

1272

Tertekan tekan pedal minyak menyebabkan van dipandu seorang remaja merempuh dinding cermin kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir, Sitiawan, baru-baru ini.

tertekan pedal

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit baru selesai mengisi minyak sebelum kejadian itu berlaku pada 7:30 malam.



“Remaja lelaki itu dipercayai menghidupkan enjin vannya sebelum tertekan pedal minyak dan gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar dinding premis berkenaan,” kata Nor Omar.

“Ketika kejadian ada beberapa pelanggan dan pekerja dalam premis berkenaan, namun mereka tidak cedera,” tambahnya.

Lanjut Nor Omar, kejadian itu menyebabkan binaan dan cermin dinding di kedai pecah serta rosak.

Katanya, semakan juga mendapati remaja lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan dikenakan saman atas kesalahan itu.

Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati remaja itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here