[Video] Tak sabar sangat nak potong, Myvi nyaris kena libas ekor treler

7970

Satu rakaman video yang dimuat naik pengguna TikTok @tudungbawal0 tular apabila pemandu Myvi terburu-buru ingin memintas sebuah treler panjang yang mahu masuk ke simpang kanan. 

 

Tindakan kurang sabar kereta ‘King of the road’ itu menyebabkan pemandu pengiring treler tersebut membunyikan hon panjang kerana tindakan Myvi biru itu boleh membahayakan diri. 



Menerusi video itu anda boleh mendengar jelas pemandu pengiring berkenaan membebel dalam dialek pantai timur ke arah pemandu Myvi tersebut:

“Hoii ore tehe, ore escort ada boh g langgar gituh mampuih nanti” (Hoi orang tahan ada escort ni nanti mati gituje).

Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui namun tindakan pantas kereta pengiring itu setidaknya menghindari Myvi berkenaan daripada terkena libasan ekor treler panjang itu.

Seharusnya pemandu itu sudah tahu ruang besar yang diperlukan sebuah treler apabila ingin mengambil selekoh dan memastikan berada pada jarak yang selamat. 

Netizen meninggalkan pelbagai reaksi serta komen pada video yang dikongsi tersebut, ada menyatakan sangat berpuas hati dengan teguran ‘escort’ treler tersebut ekoran tindakan pemandu Myvi yang tidak ‘menyempat’ meneruskan perjalanan.

Semoga menjadi iktibar kepada pemandu kenderaan agar lebih peka dengan keadaan jalan raya, khususnya jika bertemu dengan kenderaan muatan berat lebih besar. 

VIDEO

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here