Warga emas simpan kereta kebal Panther perang dunia kedua didenda RM1.06 juta

3245

Seorang lelaki berusia 84 tahun didenda USD250,000 (RM1.06 juta) dan hukuman penjara 14 bulan kerana menyimpan kereta kebal Panther yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan senjata haram.

Difahamkan hanya ada 12 unit kereta kebal Panther di seluruh dunia dan bernilai jutaan ringgit. Pendakwaan ke atas warga emas asal Jerman itu bermula selepas penemuan alat pertahanan serta sejumlah peluru berkenaan pada tahun 2015.



Menurut laporan RT-DE yang dipetik Insider, perdebatan timbul sama ada pengumpul peralatan ketenteraan itu melanggar Akta Pengawalan Senjata Perang Jerman.

Namun pihak pembelaan mendakwa semua senjata itu sudah tidak lagi berfungsi, jadi ia tidak melanggar undang-undang.

Bagaimanapun pendakwaan mencabar hujah itu dengan memaklumkan semua senjata berkenaan berkemungkinan masih boleh digunakan lagi.

Semua senjata yang tersimpan di ruang bawah tanah kediaman pesara ditemui selepas pihak berkuasa tempatan dimaklumkan mengenai kandungan bahan perang ketika mencari bangunan kesenian era-Nazi.

Seramai 20 tentera diperlukan untuk mengeluarkan semua peralatan ketenteraan daripada rumah lelaki itu yang mengambil masa sembilan jam. 

Ketika serbuan itu, Datuk Bandar Heikendorf, Alexander Orth berkat lelaki itu pernah memandu kereta kebal terbabit pada 1978 dan turut terdapat koleksi cenderahati Nazi antaranya termasuk patung Hitler, seragam Nazi dan loket swastika.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here