Lelaki ini gadai nyawa alih pokok tumbang tengah lebuh raya

1387

Paparan video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang lelaki cuba mengawal trafik di laluan lebuh raya selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang hampir separuh laluan.

Video tersebut dirakam oleh isterinya, namun tidak dinyatakan lokasi tepat dan bila kejadian itu berlaku. 



Husband hanya mampu bantu angkat tangan suruh ketepi”, menerusi kenyataan tangkap layar si perakam video tersebut .

Walaupun tindakan itu berbahaya tetapi demi keselamatan orang ramai, lelaki tersebut sanggup turun dari kereta dan mengawal kenderaan yang melalui kawasan itu.

Beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu mengawal keadaan lalu lintas dan bekerjasama membersihkan laluan demi keselamatan pengguna lain.

Orang ramai meninggalkan komen pujian dengan tindakan lelaki tersebut dan pengguna jalan raya yang turut membantu.

“Terbaik pengguna jalan raya di Malaysia, sanggup gadai nyawa demi orang lain. Nak tunggu bantuan pihak konsesi lebuh raya mau ada yang kemalangan dulu.”

“Alhamdulillah, besar pahala bila alihkan sesuatu yang mnghalang jalan untuk kemudahan org ramai, moga dipermudahkan urusan kalian seterusnya.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here