Fobia tunggang motor, lelaki guna EUC ulang alik ke tempat kerja

3633

Kenderaan Electric unicycle (EUC) sebenarnya praktikal digunakan untuk riadah mahupun pergerakan jarak dekat. 

Ekasikal berkenaan tidak boleh digunakan atas jalan raya  bukan saja merbahaya bahkan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Tambahan ia melibatkan pengimbangan-diri ketika beroperasi. 



Bagaimanapun, baru-baru ini tindakan seorang lelaki menunggang Electric Unicycle (EUC) di lebuh raya Grand Saga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang dianggap berbahaya dan berisiko kemalangan.

Berdasarkan beberapa gambar keping gambar tular di media sosial, difahamkan lelaki itu menggunakan basikal EUC sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja sejak beberapa tahun lalu kerana fobia menaiki motosikal.

Rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut walaupun sudah memakai topi keledar, pad pelindung siku dan lutut.

Namun jika mengikut akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang menunggang basikal eletrik di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 untuk kesalahan pertama dan maksimum RM1,000 atau hukuman penjara tiga bulan untuk kesalahan berulang.

BACA>>Kayuh basikal di lorong kanan, makin dilayan makin menjadi

BACA>>Basikal eletrik tahan lasak, Hot Wheels X Super73-RX edisi terhad harga bermula RM21k

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here