Basikal eletrik tahan lasak, Hot Wheels X Super73-RX edisi terhad harga bermula RM21k

1146

Sebut sahaja Hot Wheels pasti ramai yang tahu kerana ia bukanlah asing dalam menjalin kerjasama menghasilkan produk edisi terhad.

Baru-baru ini, pengeluar kereta mainan die-cast itu telah bekerjasama dengan dengan syarikat Super73 untuk menghasilkan basikal elektrik (e-bike) edisi terhad Super73-RX.



Super73 ialah firma pengeluar e-bike dan hanya menawarkan 24 unit e-bike Hot Wheels X Super73-RX.

Ia akan dihasilkan di kilang pemasangan di California Selatan untuk pasaran Amerika Syarikat dengan harga AS$5,000 (RM21,185).

Basikal yang mendapat sentuhan gaya Hot Wheels ia ditawarkan dengan warna hitam dipadankan grafik Hot Wheels biru oren pada pek bateri serta kemasan sulaman Hot Wheels di belakang tempat duduk.

Basikal elektrik ini menggunakan pek bateri 960Wh dengan anggaran jarak tunggangan 64km pada kelajuan 32km/j.

Basikal berkenaan mengambil  masa 12 hingga 16 minggu untuk dibangunkan selepas tempahan.

Setiap pembelian akan disertakan kereta miniatur khas Ford Bronco tona sama seperti e-bike.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Super73 (@super73)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here