Bermula dengan Proton Wira Mas Khan kini miliki sebuah Porsche

3216

Pelakon Mas Khan atau nama sebenar Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan,27 berkongsi pencapaian terbaharunya memiliki sebuah Porsche di akaun Instagram miliknya.

Dia yang berbangga dengan kejayaan tersebut mengakui semuanya tidak akan tercapai tanpa doa daripada ibu dan berkat berkongsi rezeki dengan ibu bapanya.



“Ma, u know i worked so hard, this is my achievement daripada Proton Wira, Hyundai Elantra lepas tu Mercedes lepas tu Porsche dengan doa mama, tq ma.

“Dalam hidup ini kita kena step by step takda yang terus jump terus ada duit. Jangan give up, mama always be my fan always no matter what,” katanya dalam video berkenaan.

Menerusi kapsyen video IGTV itu, Mas Khan menyatakan bukan ingin menayang Porsche tersebut namun  menekankan tentang nilai kereta mewah itu yang membuatkan dia menilai perspektif hidup berbeza iaitu mengutamakan keluarga.

“Sabarlah dalam perjuangan, sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan, yang menang selalu di akhir cerita,” jelasnya. 

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengenalpasti model Porsche yang dimiliki Mas Khan berkenaan.

Namun, dua minggu lalu Mas Khan ada memuatnaik imej Porsche 718 Cayman di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen “Every success story started with a Dream” (Setiap kisah kejayaan bermula dengan impian).

Jika benar dia membeli model yang sama, harga Porsche 718 Cayman baharu dianggarkan sekitar RM530,000 hingga RM700,000. Tetapi jika anda membeli menerusi penjual kereta import (AP), harga akan sedikit murah. 

Untuk makluman, bapa pelakon berkenaan turut memiliki sebuah model Porsche iaitu Carrera. 

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here