Bermula kecil-kecilan, kini remaja ini hasilkan model Hot Wheels kustom Wak Doyok!

4242

Nama Mohamad Amirul Asyraaf Zani atau lebih mesra dipanggil ‘Pak Tam’ mula dikenali ramai sejak mendapat liputan media mengenai kisah dia mengambil upah hasilkan kereta Hot Wheels kustom pada umur yang sangat muda.

Hot Wheels custom

Dia yang baru berusia 17 tahun berbuat demikian bagi membantu ibunya, seorang tukang jahit yang tidak mempunyai pendapatan tetap setelah bapanya tidak boleh berkerja kerana mempunyai masalah kesihatan penyakit kencing manis tujuh tahun lalu.



Pak Tam mual belajar menghasilkan kereta Hot Wheels kustom sejak berusia 12 tahun dengan menggabungkan simen jenis epoxy putty dan plastik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by paktam_garage04 (@paktam_garage1)

Ketika berusia 15 tahun, barulah dia menjual Hot Wheels di bawah nama ‘Pak Tam Garage’ bagi menampung sara hidup keluarganya.

“Saya hasilkan kereta mini berdasarkan tempahan pelanggan yang kebanyakannya mahu model sama seperti kereta milik mereka sebagai kenangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by paktam_garage04 (@paktam_garage1)

“Setakat ini saya dah jual 20 kereta mini kepada pelanggan di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Kelantan,” kata Amirul Asyraaf.

Menurut Amirul Asyraaf, dia mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menghasilkan kereta kustom dengan kebanyakannya tempahan diterima terdiri kereta jenama tempatan seperti Proton Waja, Proton Wira, Perodua Myvi dan Perodua Viva.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by paktam_garage04 (@paktam_garage1)

Setiap rekaannya juga dijual dengan harga RM100 hingga RM200 bergantung kepada reka bentuk dan permintaan pelanggan.

“Ada juga kecaman yang saya terima apabila mengatakan tiada orang akan membeli kereta mini saya yang dikatakan berharga mahal. Saya juga dipanggil gila selain ada yang menganggap kerja yang saya buat buang masa sedangkan saya cuba mencari rezeki halal buat keluarga,” lanjut Amirul Asyraf.

Model Hot Wheels kustom Ford Ranger milik Wak Doyok. Sumber: Instagram @paktam_garage1

Amirul Asyraaf baru-baru ini difahamkan telah menyiapkan sebuah model Ford Ranger kustom untuk ikon fesyen maskulin tempatan terkenal, Wak Doyok. Model kustom tersebut sudah pun diserahkan kepada Wak Doyok dalam satu sesi penggambaran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here