Ingin kereta anda diabadikan menjadi model Hot Wheels? Inilah masanya!

1825

Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed.

Penjelajahan digital ini akan dibuat oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, yang juga akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels).



Malaysia adalah tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara ini.

Hot Wheels Legends Tour

Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang telah menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang luar biasa!

Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global).

Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.

Peminat, keluarga dan penggemar kereta boleh menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia dengan menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/, seterusnya peserta terbaik Malaysia akan disenarai pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung.

Mereka yang berminat untuk mengikuti acara ini, ia akan disiarkan secara LANGSUNG menerusi laman Facebook Hot Wheels yang dijadualkan pada 12 November 2020.

Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada bulan November untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.

The Hot wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels.

The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah) dan Toys “R” Us Malaysia (peruncit).            

Bagaimana?

Mulai hari ini sehingga 15 Oktober 2020, peminat boleh mengirimkan foto dan video kenderaan binaan khas mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bagi membolehkan hasil reka bentuk mereka dipaparkan di Legends Tour/Lokasi maya dan siaran langsung.

Selepas tarikh akhir penyertaan ditutup, para juri Legends Tour akan memilih kenderaan terbaik yang akan ditampilkan semasa acara on-ground Art Of Speed Malaysia 2020 ke-9 pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan akan dinilai secara LANGSUNG.

Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang.

Dalam masa yang sama, sebahagian besar kenderaan adalah termasuk yang mewakili Hot Wheels dalam semua aspek budaya kereta.

Penyertaan akan diterima dari hari ini sehingga 15 Oktober 2020 pada pautan ini: https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/

Peraturan rasmi boleh didapati di pautan ini: http://onestore.hotwheels.com/Static/pdf/2020_Hot_Wheels_Legends_Tour_Contest_(Amended_and_Restated_Official_Rules).pdf

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here