#MAS2025 : Touch n Go tawar 3,000 kad edisi terhad Hot Wheels

16

Touch n Go (TnG) memperkenalkan kad NFC edisi terhad baharu yang menampilkan rekaan Hot Wheels pada acara Malaysia Autoshow (MAS 2025).

Kad TnG edisi terhad itu hanya dikeluarkan sebanyak 3,000 unit dan boleh didapatkan pada harga RM25 bermula 9 hingga 15 Mei ini. 

Kerjasama itu bukanlah yang pertama antara kedua-dua pengeluar yang mana tahun lalu TnG dan Hot Wheels memperkenalkan 2,000 unit koleksi kad NFC edisi terhad. 

Selain itu, TnG turut memperkenalkan rekaan kad TnG yang lain dan tag RFID serta siri ‘Extendable Charm – Cat Edition’ terbaru yang di jual pada harga RM30.

TnG turut bekerjasama dengan pengeluar kereta China, Jaecoo menerusi tawaran kad dan ‘charm’ istimewa yang menampilkan penjenamaan pengeluar kereta tersebut masing-masing pada harga RM25 dan RM30.

Kunjungi reruai jenama tersebut di Dewan A, nombor 07 di MAS 2025.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here