Art of Speed 2019 – Terus meraikan semangat kustom di Malaysia

3790

Art of Speed 2019 (AOS 2019), acara ol-skool dan kustom di Malaysia edisi ke-8 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, menyaksikan penyertaan semakin besar dari tahun-tahun sebelumnya.

Acara yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai di MAEPS Serdang ini mempamerkan barisan karya kustom tempatan yang terdiri dari motosikal dan kereta yang diubahsuai, restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif serta cabutan bertuah.



Seperti tahun sebelumnya juga, beberapa kenderaan vintaj dan diubahsuai dari luar negara turut membuat penampilan, antaranya:

  1. Heiwa Motorcycle (Jepun) dengan BMW R9T Custom
  2. Moon of Japan 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”
  3. Hot Dock Custom Cycles (Jepun) dengan Harley-Davidson Custom “Stg Nautilus” 1948

AOS Invitational Car Build Off 2019 tahun ini yang dikuasakan oleh Petronas menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000 (pemilihan awam).

Keputusan dari pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang.

Hot Wheels juga turut berada di AOS 2019 Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Pengumpul). Beliau hadir dari Amerika Syarikat untuk sesi meet and greet bersama peminat.

Beliau turut melancarkan siri Japan Historics 3 yang akan mula berada di pasaran pada 2020, menampilkan model-model lagenda Jepun.

 

Di antara sorotan khas di AOS 2019 adalah kolaborasi Hot Wheels & Krome Bandits edisi khas terhad daripada PETRONAS.

Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen 1 sebagai hadiah yang diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019.

Kolaborasi rasmi ini adalah yang pertama seumpanya di Asia. Hadiah kereta itu dimenangi oleh pemenang bertuah; Eric Lim dari Kuala Lumpur.

Antara aktiviti menarik di acara adalah pameran VANS yang bertemakan “Black Rainbows” yang memberi penghormatan kepada kasut “Era” dan juga klinik papan selaju, Hail Vintage.

NoEqual NEAT Fest pula membariskan model-model Modern Classics yang mengkagumkan seperti Subaru Impreza STI S204, BMW M3 GTS, BMW M3 CSL, Nissan Skyline GT-R R34 Z-Tune, Nissan GT-R R35 Nismo, Honda Civic EK9 Type-R, Honda Civic FD2 Mugen RR, dan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition.

Paling penting, kesemua kereta tersebut adalah dalam keadaan stock atau original standard kilang!

Cabutan bertuah

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah pulang dengan sebuah Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa oleh FNG Works.

Pemenang bertuah yang diumumkan di pentas utama adalah Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here