Gambar Benelli TNT600 Facelift – Tersebar

286

Motoqar menerima beberapa keping gambar paten terkini Benelli TNT 600 dengan facelift baru.

Tahun 2019 sudah hampir ke penghujungnya.Dan nampaknya Benelli juga bersedia untuk mengeluarkan senjata baru.

Segmen  kelas 600cc yang didakwa sebagai wajah baru daripada versi Benelli TNT600.

Versi Benelli yang dulu

Perubahan yang paling ketara ialah lampu depan, kedudukan ekzos, manakala bahagian enjin dan bingkai masih menggunakan asas TNT600 sebelumnya.

Versi Benelli dengan Facelift terkini

Lampu belakang, lebih hebat dan nampak agresif dengan dua reflektor lampu belakang yang sedikit masuk ke dalam.

Walaupun bentuk badan belakang semakin tajam dan posisi ekzos kini berubah dari asal. Di mana model terdahulu ekzos undertail.

Tetapi mengikut gambar yang tersebar kedudukan ekzos adalah Underbelly iaitu di bawah enjin. Jika dilihat dari posisi atas,model ini kelihatan lebih ramping.

Dan bagi bahagian enjin, ia kelihatan seperti TNT600 masih menggunakan enjin Benelli 600. Iaitu asasnya 4 silinder, dikatakan mencapai kuasa maksima 82 PS pada 11000 rpm.

Sementara tork 52 Nm max pada 8000 rpm. Bukan sahaja enjin, bingkai jenis kerangka digabungkan dengan suspensi belakang dan rim Aloi seakan sama dengan versi sebelumnya.

Andai jika ianya menjadi kenyataan, motosikal ini akan menjadi pesaing yang kuat kepada Honda CB650R yang juga menggunakan enjin konfigurasi 4 silinder.

Reka bentuk motosikal ini hampir sama dengan Kawasaki ER6N atau Kawasaki Z650. Jadi sama-sama kita tunggu akan kemunculannya. 

 

 

 

Komen anda mungkin membantu