PETRONAS Sprinta Bonanza umum pemenang bulan Jun

5071

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza.

Pemenang bertuah itu ialah Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin, 23, berasal dari Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk belian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.



Beliau menerima Yamaha Y15ZR yang disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat yang juga stesen dimana Ahmad Shafiq membeli Sprinta berkenaan.

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang bermula 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019.

Sebanyak tujuh hadiah bulanan iaitu Yamaha Y15ZR ditawarkan, manakala hadiah kedua sebanyak tiga unit Yamaha R25, sementara hadiah utama adalah sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha R6 yang bernilai lebih RM100,000.

Lebih menarik ialah semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT di kejohanan dunia MotoGP. 

Masih terdapat tiga Yahama  Y15ZR (atau popular dengan Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan. Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-

Mac: Sahrulnaim Sahrahan

April: Mohd Arif Mohmad Yasin

Mei: Muhamad Faez Aju

Jun: Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here