Kenapa kuasa guna unit hp? Apa maksud kuasa kuda?

10209

Horsepower atau kuasa kuda (hp), brake-horsepower (bhp), kiloWatts (kW), pferdestärke (PS), chevaux vapeur (CV). Pengeluar kereta nampaknya tak bersepakat menggunakan satu unit sahaja.

Apa pun, semua ini adalah unit ukuran untuk kuasa. Ia menggambarkan berapa banyak “kerja” boleh dilakukan oleh enjin kereta, dan berapa jauh serta berapa laju ia boleh pergi. Daya diperlukan digelar tork, tetapi topik itu untuk artikel lain.



Horse power atau Kuasa kuda

Horsepower atau kuasa kuda ialah ukuran yang dipilih sendiri, iaitu oleh James Watt semasa dia cuba membandingkan keberkesanan enjin stim ciptaannya dengan kuda yang akan digantikan.

Imej: Wikipedia

Satu “kuasa kuda” dianggap sebagai keupayaan seekor kuda mengangkat 33,000 pound sejauh 1 kaki dalam masa 1 minit di atas permukaan tanah.

Ukuran lain hanyalah cubaan untuk memodenkan ukuran zaman Victoria ini. Brake-horsepower (bhp) ialah, dalam istilah kereta, sama dengan horsepower dan menunjukkan kehilangan tenaga enjin kerana geseran telah dikira – horsepower biasanya memasukkan sekali nilai ini, jadi kedua-duanya hampir serupa.

PS (pferdestärke), CV (chevaux vapeur) atau DIN metrik horsepower ialah cubaan menjadikan horsepower itu unit metrik. Satu metrik horsepower bersamaan dengan 0.986 horsepower.

civic type-r hondata

Sebab inilah Honda Civic Type-R contohnya, diiklankan sebagai mempunyai 320PS tetapi hanya ada 310hp. Secara logiknya, 320PS nampak lebih baik kerana ia jumlah lebih besar.

Ahli fizik dan matematik pasti bercelaru melihat ukuran-ukuran berbeza ini dan akan berkeras mahu gunakan kilowatt – standard metrik sebenar untuk mengukur kuasa.

Satu horsepower bersamaan 745.7 watt (0.7457 kW) – walaupun begitu sedikit negara gunakan ukuran ini – ia sangat popular di Australia dan Afrika Selatan. Perodua Myvi juga gunakan unit ini, iaitu 76 kW di dalam risalahnya (bersamaan 102hp).

Perodua Myvi 1.5 AV

Tetapi ya lah, siapa mahu kereta sports mereka yang ada 400 hp ditulis sebagai 298 kW, bukan? Dalam bab angka sebegini, lebih besar bermakna lebih baik.

Kuasa menunjukkan berapa laju sesebuah kereta itu dan berapa jauh daya dari enjin itu boleh membawanya, jadi sebab itulah horsepower lebih tinggi bermakna kelajuan maksima lebih tinggi.

Tetapi daya enjin yang anda rasakan bila anda memecut itu dikenali sebagai tork. Ia sering dikatakan sebagai rasa enjin itu dan bukan berapa jauh ia boleh pergi – sebab itulah enjin diesel dengan tork tinggi terasa lebih kuat walaupun mempunyai nilai kuasa yang biasa sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here