Proton Impian (Waja) tersenarai sebagai kereta terpenting tahun 2000

5534

Untuk menyingkap semula perkembangan dunia automotif sejak memasuki tahun 2020 ini, laman web automotif terkemuka UK, Autocar menyenaraikan kereta terpenting pada tahun 2000.

Memasuki millennium baharu atau alaf baharu 2000, ada yang tertanya-tanya kenapa hoverboard masih belum dikeluarkan, tetapi yang penting ramai bersyukur komputer mereka selamat dari panik Y2k.

Bagi pengeluar kereta, mereka menggunakan tahun 2000 untuk mempersembahkan kereta terbaik atau terpenting mereka.



Dan ya, Proton Impian (Waja) termasuk dalam senarai lebih 30 kereta itu, bersama model-model lain seperti Mini Cooper, Suzuki Ignis, Honda Stream, Chrysler PT Cruiser, Alfa Romeo 147, Ford Mondeo dan Mercedes C-Class W203.

Tetapi senarai oleh Autocar ini lebih kepada kereta yang diingati, tak kisah sama ada kerana ia terlalu bagus atau terlalu kurang bagus.

Dalam slide yang memaparkan Waja itu, Autocar menerangkan bahawa Waja dilancarkan pada 2000 dan berkongsi platform dengan Mitsubishi Carisma, tetapi dengan penawaran harga lebih rendah.

Ia dijual di UK pada 2001 dengan nama Impian, yang media itu katakan sebagai “perkataan Melayu yang bermaksud impian”.

Cuma kami ragu-ragu sama ada Waja tersenarai di sini sebagai kereta yang bagus atau tidak bagus bagi mereka. Nampak seperti kurang bagus kerana menurut mereka, harga murah merupakan satu-satunya daya tarikan Proton Impian di sana.

Tanggapan media UK

Namun dalam nota lain, media lain di UK pada waktu itu sebenarnya berminat untuk mengetahui dan meneroka dengan lebih lanjut mengenai Proton Impian dan jenama Proton itu sendiri secara amnya.

Richard Hammond (yang mungkin anda kenali sebagai salah seorang dari trio Top Gear), semasa mengacara rancangan Men & Motors bukan sahaja memandu uji Proton Impian di UK untuk review-nya, malah turut terbang ke Malaysia.

Di ke negara ini untuk memandu Waja dan menemubual sendiri CEO Proton pada masa itu, Tengku Mahaleel.

Semasa pandu ujinya di UK, Hammond mulanya agak skeptikal dengan nama Proton. Tetapi setelah memandu, dia berkata, “Ia sebenarnya tidak teruk. Stereng sangat-sangat bagus dan tepat, boleh terasa suspensi sedikit keras dengan talaan Lotus.”

Cuma enjin yang agak mengecewakan bagi Hammond. Dalam masa yang sama, dia turut berkata, “Akan ada satu lagi versi 1.8-liter dengan enjin Renault, dan setahun kemudian akan ada enjin lain hasil kerjasama Proton-Lotus (enjin CamPro).”

“Yang itu pasti jauh lebih baik. Nantikan yang itu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here