Perlis diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya

2337

Sering menjadi bahan tawa sebagai negeri yang kecil dengan jumlah rakyat yang rendah, siapa sangka Perlis berjaya diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan serendah 0.3%.

Perlis

Kadar peratusan yang rendah ini sekaligus menempatkan negeri ini sebagai negeri dengan kadar kemalangan terendah berbanding negeri-negeri yang lain di Malaysia.



Perlis

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan yang dibuat bukanlah berdasarkan saiz negeri sebaliknya dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Kadar kemalangan yang rendah sekaligus menunjukkan kadar kepekaan yang tinggi di kalangan rakyat negeri itu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini, kempen Op Selamat telah dilancarkan bagi memfokuskan kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here