PLUS cadang waktu perjalanan balik kampung Tahun Baharu Cina 2020

1913

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik daripada 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa kepada 2 juta kenderaan setiap hari pada musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Tahun Baharu Cina

Bagi menghadapi peningkatan trafik tersebut, PLUS telah merangka pelbagai pendekatan bagi membantu pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan selesa.



Ianya termasuk mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka pada Tahun Baharu Cina yang akan datang.

PLUS juga akan menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya di antara 22 Januari hingga 2 Februari 2020. Selain itu, kren dan trak tunda juga disediakan di lokasi strategik di lebuh raya.

Tahun Baharu Cina

Bagi memastikan keselamatan pelanggan terutama pada waktu puncak ini, PLUS akan mempertingkatkan kolaborasi bersama pihak berkuasa. Antaranya seperti Polis DiRaja Malaysia, pasukan bomba dan penyelamat, ambulans, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan RELA.

Selain itu, jumlah kakitangan PLUS akan ditingkatkan untuk bersiap sedia memberikan bantuan kecemasan sepanjang musim perayaan tersebut.

Lebih banyak tandas awam tambahan dan tangki air bergerak akan disediakan di beberapa lokasi di lebuh raya. Ianya juga termasuk penyediaan 70 kiosk tambah nilai layan diri (mesin SSK) bagi menampung jumlah trafik yang meningkat.

Berikut merupakan cadangan yang disarankan kepada para pengguna bagi mengelakkan kesesakan mengikut lokasi masing-masing:

  • Pelanggan dari Lembah Klang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dicadangkan untuk memasuki lebuhraya sebelum pukul 9 pagi.
  • Pelanggan ke Ipoh, Negeri Sembilan dan Melaka disarankan memulakan perjalan selepas jam 12 tengah hari.
  • Untuk pulang semula ke Kuala Lumpur, semua pelanggan lebuhraya perlu memasuki lebuhraya sebelum jam 9 pagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here