PLUS kekal milik kerajaan, kadar tol turun 18 peratus

1235

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan pengendali lebuh raya terbesar, Plus Malaysia Bhd (PLUS) tidak akan dijual sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.

PLUS kekal milik kerajaan

Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tempoh konsesi tol itu akan disambung selama 20 tahun dengan kadar diskaun tol yang ditetapkan sebanyak 18 peratus bermula tahun ini.



“Kita telah meneliti semua tawaran yang dibuat oleh pihak swasta kepada Khazanah. Kerajaan memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada sesiapa.

“Sebaliknya mengekalkan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pemegang kepentingan terbesar PLUS.

“Mereka akan mengurangkan bayaran tol dengan kadar diskaun 18 peratus, jika kita lihat kadar ini dalam tempoh 20 tahun ianya sangat rendah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara  pada Khamis.

Malah jelasnya, meskipun terdapat penambahan kenderaan pada masa hadapan namun keuntungan yang diperoleh tidak seperti konsesi sebelum ini.

Sebelum ini, teka-teki sama ada PLUS akan dijual terus menjadi perhatian apabila beberapa syarikat swasta menawarkan untuk membeli kepentingan dalam syarikat itu.

Antara syarikat yang berminat termasuk konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) pada nilai RM5.3 bilion.

Sementara kumpulan ekuiti swasta, RRJ Capital turut berhajat membeli kepentingan tersebut pada nilai RM3 bilion dan menyasarkan untung memotong kadar tol sebanyak 20 peratus.

Untuk rekod, Khazanah memegang 51 peratus kepentingan dalam PLUS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here