PLUS Malaysia Berhad akan gunakan dron untuk pantau trafik di lebuh raya

1739

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi baharu termasuk gunakan dron bagi memantau pergerakan trafik di lokasi dikenal pasti kritikal pada pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

gunakan dron

Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, berkata gunakan dron ini merupakan inisiatif dan langkah baharu yang diperkenalkan PLUS iaitu menerapkan penggunaan teknologi dan kejuruteraan terkini bagi keselesaan pengguna.



“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman perjalanan semua pihak di lebuh raya dan selain mengoptimumkan penggunaan media sosial, PLUS akan turut menggunakan teknologi dalam setiap perkhidmatan.

Mohamad Nasir berkata PLUS menjangkakan jumlah pengguna lebuh rayanya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina akan bertambah sehingga 2 juta kenderaan iaitu 18 peratus naik berbanding 1.7 juta buah kenderaan pada hari biasa.

Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif

“Berdasarkan pola dan kajian, kami menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat kepada tahap tertinggi pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari ini.

“Ini memerlukan kami bukan sahaja bersedia malah menjaga pelanggan dengan baik melalui pelbagai inisiatif untuk melancarkan perjalanan,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 5,000 kakitangan dan rakan strategik agensi penguat kuasa seperti polis, bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan diletakkan di lebuh raya untuk melancarkan perjalanan.

 

gunakan dron

Selain itu, beliau berkata antara inisiatif lain akan digerakkan PLUS adalah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), laluan kontra dan menghentikan kerja penyelenggaraan.

“Kami juga akan menutup sementara lorong tambah nilai di plaza tol bermula 22 Januari hingga 2 Februari ini tetapi pelanggan boleh membuat urusan itu di lebih 11,000 pusat tambah nilai di seluruh negara,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here