Toyota GT86 akan ditukar nama jadi GR86? Platform TNGA, enjin turbo

2064

Toyota dan Subaru akan kembali bekerjasama untuk membina kereta sportcar, Toyota 86 dan Subaru BRZ. Apakah spesifikasi sportcar berikut?

Toyota telah memutuskan untuk menamakan pengganti GT 86 sebagai Toyota GR86, menambah model ini kepada jentera dalam kategori Gazoo Racing (GR), selepas GR Supra dan Yaris GR-4 baru-baru ini ini diperkenalkan.



Menurut sumber, generasi baharu dari Toyota dan Subaru akan dibina di atas platform TNGA yang menawarkan asas yang lebih menarik dengan pusat graviti yang lebih rendah berbanding dengan model semasa.

Toyota GR86

Toyota GR86 ini akan dikuasakan oleh enjin flat-four 2.4-liter turbo dimana enjin ini juga kini digunakan dalam model seperti Legacy, Outback and Ascent.

Toyota GR86

Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 260hp dan 375Nm tork, dimana ia merupakan peningkatan yang besar berbanding model GT86 dan BRZ semasa.

Toyota GR86

Model terbaru ini dijangka mempunyai penampilan kabin yang lebih baik, dengan bahan berkualiti tinggi dan semua teknologi terkini. Ianya termasuk sistem infotainmen yang lebih pantas dengan skrin yang lebih besar dan pelbagai sistem bantuan pemandu.

Toyota GR86

Sangat menarik untuk ditunggu bagaimana Toyota dan Subaru akan memposisikan model mereka. Ini kerana mereka tidak mahu terlalu dekat dengan Supra, yang ditawarkan dengan enjin 4-silinder di Jepun. Generasi kedua kembar jentera baru ini dijangka akan didedahkan pada tahun 2021.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here