15 juta rakyat Malaysia boleh mohon RM30 e-tunai mulai esok

688

Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh memohon RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8 pagi esok.

boleh mohon RM30

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima wang e-tunai dan boleh mohon RM30 , katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih.

Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

boleh mohon RM30

“Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir,” katanya.

Setakat ini, katanya, lebih lapan juta peniaga telah menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat.

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, Lim berkata wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari hingga 14 Mac.

“Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac,” katanya.

Beliau berkata, rakyat yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

boleh mohon RM30
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Menurutnya, proses pengesahan mereka yang layak akan melalui tiga peringkat.

Ia bermula dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengesahan kad pengenalan, kemudiannya Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pendapatan bawah RM100,000 setahun dan semakan bagi memastikan individu itu hanya memohon daripada satu pengendali, katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here