Pemain JDT pandu supercar ke padang di Dubai – Ada gaya macam Cristiano Ronaldo!

4130

Bagi meningkatkan lagi kualiti permainan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

 JDT

JDT bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim 2020 di sana. Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers telah berkongsi video para pemain menaiki beberapa buah kereta mewah untuk pergi ke padang latihan mereka.



 JDT

Turut serta dalam video tersebut ialah pemilik kelab JDT, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim. Rata-rata netizen menyokong inisiatif TMJ dalam membangunkan kelab bola sepak itu dan memberi ganjaran yang sewajarnya untuk pemainnya.

JDT doing JDT things 😍 #JDTinDubai#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, January 21, 2020

Video pemain-pemain bola sepak JDT sedang menaiki kereta mewah di lobbi hotel telah menarik perhatian ramai. Jika kelab bola sepak yang lain sibuk menaiki bas ke padang untuk menghadapai sesuatu perlawanan atau latihan, kelab bola sepak JDT berbeza dari lain yang lain. Mereka semua pemain menaiki kereta mewah ke padang latihan.

Seperti pemain profesional eropah

JDT arrive for training! 💥#JDTdoingJDTthings#JDTinDubai#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, January 21, 2020

Kelihatan beberapa unit kereta mewah telah tiba di padang latihan. Semua pemain kelihatan seperti para pemain bola sepak profesional dari eropah. Netizen turut beranggapan bahawa ini merupakan satu ganjaran yang diberikan kepada pemain setelah mereka berhempas pulas mempertahankan kejuaraan Liga M buat kali ke-6 berturut-turut.

 JDT

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here