Honda berkemungkinan hasilkan e Type-R?

2151

Kereta elektrik (EV) Honda E akan mula dijual di Eropah pada musim panas ini, tetapi seperti dalam ura-ura sebelum ini, varian Type-R dikatakan bakal menyusul.

Lakaran Honda e Type-R. Sumber: Motor1.com

Pembantu Projek Besar Honda, Takahiro Shinya memberitahu kepada Top Gear, “Platform, enjin dan tayar baharu ini semua boleh menerima lebih (kuasa) lagi.”

“Apa yang saya boleh katakan mengenai Type-R ialah, ia sebuah jenama halo yang besar buat kami. Sebagai jurutera, kami mahu hasilkan Type-R untuk semua model, yang penting adakah pelanggan mahukannya.”



Tetapi kenyataan ini bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh ketua projek Honda E, Kohei Hitomi sebelum ini: “Untuk sesetengah segmen, ia mungkin suatu pilihan tepat dan Type-R menjadi cara menzahirkan kebolehan Honda sebagai jenama sporti.

“Tetapi untuk Honda E, kami mahu menyediakan suatu dimensi nilai yang baharu untuk pelanggan kami,” katanya tahun lepas.

Takahiro Shinya turut memberi klu akan sebuah model yang lebih hangat, “Anda akan melihat sesuatu beberapa tahun lagi, bukan Type-R, tetapi sesuatu.”

Honda E hadir dengan motor elektrik di belakang dan boleh didapati dengan dua pilihan kuasa, 136hp (100kW) dan 154hp (113kW). Kedua-dua versi ini menghasilkan 315Nm tork. Bateri 35.3kWh padanya memberikan jarak kira-kira 220km untuk setiap caj.

Di dalam, Honda e menampilkan lima skrin yang melintang sepanjang papan pemuka. Di bahagian luar kedua-dua sisi adalah sebagai kamera tepi (menggantikan cermin sisi).

Monitor 8.8-inci di depan pemandu untuk instrumen, manakala dua skrin 12.3-inci setiap satu di tengah dan boleh disentuh untuk gerakkannya agar sesuai dengan kegunaan penumpang.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here