Bugatti akan lancarkan lebih banyak keluarga Chiron

2257

Pengeluar automotif dari Perancis, Bugatti mempunyai strategi baru dalam menembusi pasaran supercar mewah. Salah satunya adalah dengan melancarkan banyak keluarga dari model Chiron.

Ini dikatakan oleh Ketua Eksekutif Bugatti (CEO), Stephan Winkelmann. Beliau menyatakan perkembangan keluarga Chiron akan berterusan.



Bekas bos Lamborghini dan Audi Sport itu bertanggungjawab untuk semua model berasaskan Chiron yang dilancarkan dalam tempoh 18 bulan yang lalu, termasuk Chiron Sport, Chiron Super Sport 300+, Divo, Centodieci, dan satu-satunya La Voiture Noire.

“Perkembangan model adalah satu kemestian. Jentera ini memberi kami peluang untuk melakukannya dan jika kami tidak melakukannya, pelanggan tidak akan menghargai apa yang anda boleh dapatkan dari kereta ini, “katanya.

keluarga Chiron
Ketua Eksekutif Bugatti (CEO), Stephan Winkelmann

“Edisi Khas? Tidak, kami melakukannya pada mulanya dan sekarang saya fikir pasukan kami mempunyai cukup untuk mencapai apa yang kami janjikan. Penghantaran Bugatti Divo akan bermula pada tahun ini, “katanya.

Kenyataan ini agak mengejutkan. Ketika Veyron sedang diperkenalkan, Bugatti melancarkan beberapa model edisi terhad yang direka khusus dengan bahagian luaran dan dalaman yang tersendiri.

Pada akhir bulan November tahun lepas, dua model edisi khas diperkenalkan dan dikenali sebagai Chiron Noire Sportive dan Chiron Noire Elegance.

keluarga Chiron

Jika apa yang dikatakan oleh Winkelmann adalah benar, maka nampak jelas mereka lebih suka melancarkan keluarga dari Chiron yang mempunyai beberapa pengubahsuaian mekanikal. 

Masuh harus diperhatikan sama ada varian dan versi Chiron lain boleh dilancarkan. Adakah terdapat model Roadster atau Speedster? Adalah mungkin bahawa teaser terkini yang dikongsi secara online oleh Bugatti baru-baru ini adalah jentera keluaran terbaharu mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here