Bugatti La Voiture Noire ialah satu-satunya yang dihasilkan

3513

Namanya sahaja dah susah nak sebut, lebih susah dari “Koenigsegg” dan “croissant”. Tetapi, ia tetap dapat dikenali sebagai sebuah Bugatti melalui ciri-ciri luarannya yang unik dan jentera ini dinamakan Bugatti La Voiture Noire .

Imej: abc.net.au

Dijual pada harga 11 juta Euro (RM50.69 juta), ia kini kereta baharu termahal pernah dijual dalam sejarah automotif. Oh dan jangan terkejut, ia telah dijual.

Imej: abc.net.au

Jadi, siapa yang tak tahu nak campak duit ke mana sampai beli kereta semahal ini? Tokey MLM ke? Tidak, dia semestinya haruslah seorang peminat tegar Bugatti.



“Bentuk sebenar kemewahan ialah dari aspek individualiti atau eksklusif. Jentera ini merupakan sebuah ukiran kecantikan dengan teknologi unik, suatu grand tourisme yang ideal,” kata presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.

Imej: abc.net.au

Setiap komponen pada badan gentian karbon telah dihasilkan dengan tangan dan dipasang untuk menjadi satu permukaan tunggal, tiada satu pun objek yang mengganggu aliran optiknya.

Jentera ini mampu menjana 1,500hp dan 1,600Nm tork dari enjin quad-turbo 8.0-liter W16. Enjin ini adalah enjin sama yang memacu 40 unit Bugatti Divo dan Chiron Sport.

Bugatti juga tidak mengesahkan nama pemilik La Voiture Noire ini, namun dikatakan beliau adalah Ferdinand Piech, cucu kepada pengasas Porsche. Piech ialah bekas CEO Volkswagen, syarikat yang memiliki Bugatti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here