[VIDEO] Garaj hypercar luar biasa milik hartanah

270

Apa yang anda lihat ini, ia adalah sebuah garaj sangat menarik dan luar biasa, ia dimiliki oleh Manny Khoshbin dari firma hartanah, Khoshbin CompanyGaraj milik Khosbin dipenuhi dengan hypercar binaan khas yang datangnya dari pengeluar kereta yang berbeza seperti Koenigsegg, Bugatti, Pagani, dan McLaren.

Koenigsegg Agera RS Phoenix, adalah koleksi terkini yang dimiliki oleh khoshbin. Reka bentuk hypercar itu ditempah secara khas yang mana ia mempunyai garisan emas 24- karat pada reka bentuknya. Ia sekali gus memberikan warna yang kontra kepada warna hitam gentian karbon yang meliputi kenderaan berkenaan.

Imej kereta itu kelihatan seperti Agera RS Gryphon selepas terbabit dalam kemalangan tahun lalu dan kali kedua pada Mei 2018.

Khoshbin memaklumkan bahawa Koenigsegg cuba untuk menggantikan kereta miliknya secara keseluruhan selepas kemalangan yang kedua itu. Ia kelihatan seperti Agera RS Phoenix.

Satu kenderaan yang perlu diberi perhatian di dalam garaj Khoshbin adalah Pagani Huayra sentuhan Hermes. Ia adalah satu kenderaan yang direka dan disolek pengeluar jenama kulit terkemuka.

Perincian kereta itu cukup menyerlah termasuklah sentuhan pada penampilan luaran daripada Hermes.

Khoshbin sangat menyukai kereta yang direka bentuk oleh Hermes. Beliau sedang bekerjasama dengan jenama itu bagi projek baru untuk Bugatti Chiron buat masa ini.

Komen anda mungkin membantu