Tak nak kalah dengan AS, China bakal naik taraf J-20 Mighty Dragon

3104

Walaupun tiada pernyataan verbal bagaimanapun langkah China menaiktaraf jet pejuang stealth J-20 Mighty Dragon seolah ingin berlawan dengan F-22 Raptor. 

Jet pejuang stealth merupakan pesawat udara yang mempunyai sayap sebagai permukaan kawalan dan tidak boleh dikesan oleh radar. Naiktaraf itu dilakukan bagi membawa prestasinya lebih dekat dengan F-22 Raptor Amerika. 



Buat makluman hanya F-35 dan F-22 Raptor merupakan jet tempur stealth yang ada di dunia dan China membangunkan jet tempur hampir sama. Namun, teknologi China sedikit jauh ke belakang. 

Jet pejuang China memiliki enjin berbeza berbanding Amerika Syarikat. Ini kerana J-20 menggunakan enjin WS-10C iaitu pengaturan stop-gap.

WS-10C sendiri adalah varian lanjutan dari WS-10 yang digunakan pada pesawat tempur lain dalam inventori Angkatan Udara PLA. Enjin WS-10C ini memiliki muncung vektor tujah baharu yang dibangunkan oleh jurutera China selama dua dekad.

Untuk jangka masa panjang, J-20 akan dilengkapi dengan enjin WS-15 untuk menandingi Raptor. Sumber berkata pemeriksaan pada enjin WS-15 sedang dilakukan dan dijangka selesai tahun depan.

“Enjin J-20 akan digantikan dengan WS-15 sebaik pemeriksaan selesai,” kata sumber sambil menambah tiada masalah teknologi kerana enjin Rusia dan China sedia ada mempunyai saiz dan bentuk yang sama.

Media China sebelum ini melaporkan bahawa PLA telah mengerahkan J-20 ke unit tentera udara yang bertanggungjawab ke atas Selat Taiwan dan Laut China Timur yang akan melibatkan sekurang-kurangnya empat briged atau 150 pejuang.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here