Arnold Schwarzenegger OK saja lepas terlibat dalam kemalangan ngeri

2415

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lagenda yang membintangi watak utama filem aksi fiksyen sains The Terminator, Arnold Schwarzenegger yang kini sudah mencecah usia 73 tahun.

Terbaharu, dia yang memandu sebuah SUV GMC Yukon dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sekurang-kurangnya tiga kenderaan.



Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada Arnold yang melanggar lampu isyarat ketika di persimpangan West Sunset Boulevard dan Allenford Avenue, di Los Angeles.

Kemalangan tersebut menyebabkan SUV yang dipandunya terbalik selepas dirempuh sebuah Toyota Prius dari arah depan, manakala sebuah Porsche Taycan pula merempuh dari arah belakang.

Arnold yang dikenali sebagai ‘orang besi’ bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut, namun dilaporkan seorang wanita mengalami kecederaan ringan di kepala.

Menurut sumber, walaupun kemalangan tersebut berpunca daripada Arnold, bagaimanapun setakat ini tiada penangkapan dibuat oleh pihak polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here