Bugatti Divo dengan sentuhan istimewa

3955

Bugatti Divo yang setanding dengan Chiron ini hadir dengan enjin W16 8 liter yang menghasilkan 1478 hp. Bugatti juga sudah menambah cirilebih menarik iaitu jentera lebih aerodinamik yang menjadikannya lebih laju.

Pereka cipta konsep kereta ini iaitu Marco Van Overbeeke mengubah suai dengan memberi nafas baru kepada rupa Hypercar ini.

Ianya sesuatu yang baru daripada hanya berwarna kelabu dan biru lembut. Mengejutkan rupa baru hypercar ini sangat cantik.



Antara warna baru yang direka untuk Bugatti ini ialah motif hijau ‘matte’ tentera, kombinasi putih dan merah dengan tayar berwarna emas.

Anda boleh lihat hasil Bugatti Divo yang mempersonakan dalam gallery yang kami sediakan di bawah:

 

Bugatti Automobiles S.A.S. merupakan pengeluar kereta dari Molsheim, Alsace, Perancis. Ia dimiliki oleh kumpulan Volkswagen, sebuah pengeluar kereta berasal dari Jerman sebagai anak syarikat Volkswagen Perancis. Ia diasaskan pada tahun 2000 sebagai pengganti Bugatti Automobili SpA.

Dengan dorongan Ferdinand Piëch yang ketika itu merupakan timbalan presiden, Volkswagen membeli hak bagi menghasilkan kereta di bawah jenama Bugatti pada tahun 1998. Ini diikuti dengan pembelian Lamborghini oleh sebuah anak syarikat Volkswagen iaitu Audi. Kilang Rolls-Royce di Crewe, England, United Kingdom, dan Bentley.

Pada 22 Disember 2000, Volkswagen secara rasmi memasukkan Bugatti Automobiles S.A.S., bersama-sama dengan bekas ketua gandar VW “drivetrain chief” Karl-Heinz Neumann sebagai presiden. Syarikat tersebut membeli Château Saint Jean 1856, dahulunya rumah tetamu Ettore Bugatti di Dorlisheim, berhampiran Molsheim, dan mula mengubah suainya sebagai ibu pejabat syarikat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here