3 model baharu Ducati dilancarkan di Malaysia

2562

Model baharu Ducati – Ducati Monster 821, Ducati Multistrada1260 S dan Ducati Panigale V4 telah dilancarkan oleh Next Bike Sdn Bhd bagi melengkapkan model jenama Ducati di Malaysia.

Ducati Monster 821

Ducati Monster 821 ini merupakan penyambung model ikon Monster 900 yang diperkenalkan pada tahun 1992 di Pameran Motor Cologne.

Model baharu Ducati
Ducati Monster 821

Jentera ini diberi nafas baru dengan peningkatan yang hebat bagi segmen ‘naked’ kerana memiliki ketangkasan yang lebih baik. Reka bentuk model asal masih boleh dilihat pada tangki dan perumah lampu utama klasik namun yang pasti ia hadir dengan sentuhan yang lebih moden. 



Ciri menarik pada model ini ialah ia dilengkapi paparan warna TFT dengan petunjuk gear dan bahan api. Manakala bagi kuasanya, ia dilengkapi dengan enjin Testastretta 11º yang mampu mencapai kuasa maksimum 109 hp dan tork mencecah 86Nm pada 7,750rpm.

Monster 821 ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang baik kerana menggunakan Pek Keselamatan Ducati membabitkan ABS dan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC). Bagi memudahkan penyesuaian untuk ABS, DTC dan kuasa model ini dilengkapi dengan tiga mod tunggangan.

Sistem yang digunakan jentera ini sudah semestinya Brembo dengan cakera berkembar saiz 320mm di hadapan. Manakala sistem penggantungan pula disempurnakan dengan suspensi boleh laras di bahagian belakang.

Model baharu Ducati, Ducati Monster 821 ini hadir dengan 2 warna maskulin iaitu merah dan kuning yang masing-masing berharga RM65,900 dan RM66,900

Ducati Multistrada

Ducati Multistrada ini memulakan satu revolusi dalam motosikal global sejak ia dilancarkan pada 2010.

Jentera ini dilengkapi dengan pelbagai ciri dan mod tunggangan. Ia direka untuk menjelajah kawasan pedalaman dan urban di Malaysia. Secara tidak langsung menawarkan prestasi, kawalan, keseronokan dan keselesaan yang lebih tinggi.

Ducati Multistrada

Multistrada terbaharu ini lebih panjang 2.2 inci berbanding model terdahulu. Penambahan itu bukan hanya membabitkan lengan ayun yang kini 1.9 inci lebih panjang, tetapi juga dimensi rak dari 24° kepada 25°, dan trel dinaikkan 0.2 inci.
Moto berkuasa besar ini dilengkapi dengan Ducati Testastretta DVT bersesaran 1,262cc yang mematuhi piawaian Euro 4. Julat tork yang rendah dan sederhana menjadikan ia lebih mudah dikendalikan.

Ducati Multistrada

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan platform Bosch IMU (Unit Ukuran Inersia) yang mengawal pelbagai sistem seperti Cornering ABS, Lampu Selekoh Ducati, Kawalan Wheelie Ducati, suspensi Ducati Skyhook (DSS) semi aktif dan Vehicle Hold Control.

Ducati Multistrada ini hadir dengan tiga warna pilihan menarik iaitu merah, putih dan kelabu. Harga yang ditawarkan bermula dari RM129,900.

Ducati Panigale V4

Ducati Panigale V4 ini merupakan produksi massa pertama Ducati yang menggunakan enjin empat selinder. Ia ditawarkan dengan dua varian V4 dan V4S yang masing-masing berharga bermula RM129,000 serta RM169,900.

Reka bentuk bagi model terbaharu ini lebih menarik dan maskular. Ia juga dilengkapi dengan teknologi moden dan terkini. Keduanya dikuasakan oleh enjin Desmosedici Stradale baharu namun yang memberikan perbezaan bagi keduanya adalah aksesori.

Ducati Panigale V4

Panigale V4 adalah motosikal paling berkuasa dalam kelasnya dengan menyalurkan 214hp pada 13,000rpm dengan nisbah berat kuasa 1:1. Torknya pula mencecah 123.5Nm pada 10,000rpm memudahkan pengendaliannya.

Yang paling menarik, motosikal berkuasa besar ini dilengkapi dengan papan pemuka TFT bersaiz lima inci, lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang (DRL), mode tunggangan (Race, Sport, Street), Ducati Data Analyser + GPS (DDA + GPS) dan Sistem Multimedia Ducati.

Ducati Panigale V4

6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU) juga dilengkapkan pada model ini sebagai ciri keselamatan elektronik yang canggih. 6D IMU ini memiliki ciri-ciri seperti ABS Cornering Bosch EVO, Kawalan Cengkaman Ducati EVO dan Ducati Slide Control.

Fungsi lain yang ada pada jentera hebat ini bakal membuatkan anda seperti penunggang professional kerana ia juga dilengkapi dengan ciri Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC EVO), Ducati Power Launch (DPL), Ducati Quick Shift up/down EVO (DQS EVO) dan Kawalan Brek Enjin EVO (EBC EVO).

Ducati Panigale V4

Panigale V4 didatangkan dalam warna merah dengan kerangka kelabu dan roda berwarna hitam. Ia juga hadir dengan dengan aksesori dan pakej alat ganti prestasi bagi tujuan naik taraf.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here