HLYM lancar Buku Panduan KPP

2000

Kemalangan jalan raya terutama membabitkan penunggang motosikal sering kali dilaporkan setiap hari di media tempatan.

Tidak dinafikan kemalangan membabitkan penunggang motosikal mencatatkan angka tertinggi statistik kemalangan jalan raya di negara ini.

Atas rasa tanggungjawab, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn Bhd mengambil inisiatif mengedarkan Buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) untuk pembeli motosikal.



Program tanggungjawab sosial korporal (CSR) ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) bertujuan mengingatkan penunggang motosikal mengenai pentingnya keselamatan ketika berada di jalan raya.

HLYM
ozedf

Sebanyak 20,000 KPP disediakan untuk pembeli motosikal baru di seluruh negara.

Sebaik penjual atau wakil pengedar sah HLYM menyerahkan kunci, mereka akan memaklumkan mengenai keselamatan diri dan pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.

Malah, hukuman bakal dikenakan terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan jalan raya turut dijelaskan secara ringkas.

Pengarah urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, program diadakan itu secara tidak langsung dapat mendidik penunggang mengutamakan keselamatan.

‘Kami berharap program seperti ini data membantu kerajaan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal.

“Dengan informasi yang betul, penunggang mampu menjadi contoh yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

ozedf

Jelas beliau, HLYM mensasarkan untuk mengedar 20,000 keping buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan kepada pelanggan yang membeli motosikal baru.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew iaitu Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor yang mewakili menterinya, Loke Siew Fook.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here