Hong Leong Yamaha NVX Grand Prix (GP) edisi terhad

2791

Bagi memperingati penyertaan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dalam Kejuaraan MotoGP, HLYM merasmikan NVX Grand Prix (GP) edisi terhad.

Edisi istimewa ini hadir dengan warna biru khas dari Yamaha dengan reka bentuk ‘sporty’. Ia diinspirasikan daripada Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang ditunggani pelumba terkenal Valentino Rossi dan Maverick Vinales



Dengan setiap pembelian NVX GP ini, pembeli juga bakal menerima jaket ekslusif Edisi NVX GP dan juga Sijil Pemilikan.

 

Yamaha NVX (GP) edisi terhad ini boleh didapati di pusat pengedar Yamaha yang sahbermula daripada 21 September 2018. Harga Yamaha NVX (GP) mempunyai penambahan sebanyak RM700 daripada harga semasa model asal Yamaha NVX.

Yamaha NVX (GP) kini dijual pada harga RM10,606 tidak termasuk nombor pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here