Walaupun banyak koleksi kereta ‘rare’ dan mewah, JP Chin pandu Proton ke pejabat

4542

Sebelum ini kami pernah berkongsi dengan anda kisah ‘orang kaya’ yang membeli Bugatti di Singapura tetapi tidak boleh pandu di jalan raya lokal.

Salah seorang adalah rakyat Malaysia, Chin Jit Pyng (JP Chin) yang baru saja menerima Bugatti Divo miliknya tahun lalu dan menyimpan hypercar itu di Singapura.



JP Chin juga memiliki muzium koleksi kereta di Kota Damansara yang menempatkan kira-kira 100 buah koleksi kenderaan. Setiap kenderaan yang dibeli adalah untuk pelaburan. 

Kenderaan Bugatti pertama yang dimiliki oleh JP Chin adalah Chiron yang ditempah pada 2016 sebelum membeli Divo.

Bahkan, dalam video sebelum ini JP Chin turut memberitahu menempah hypercar Bolide yang merupakan kereta trek paling ekstrem pernah dibina oleh Bugatti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chin Jit Pyng (@jpm_museo)

Bugatti Divo miliknya disimpan di Singapura namun JP Chin merancang untuk membawa pulang hypercar berkenaan ke Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Carscoops dia tidak akan memandu kenderaan tersebut kerana lebih selesa menggunakan Proton X50 atau X70 untuk bergerak ke pejabat bagi mengelakkan perhatian. 

Antara 30 dan 40 kenderaan Chin yang dipamerkan di Muzium JPM, 10 hingga 15 kenderaan di muzium itu diilhamkan daripada filem dan siri televisyen, termasuk James Bond, The Godfather dan Magnum P.I.

Bahkan, JP Chin juga pernah meminjamkan Ferrari F430 dan Ford GT 40 untuk rakaman filem Crazy Rich Asians.

Walaubagaimanapun, JP Chin akan memastikan koleksi kenderaannya dalam keadaan bersih dan baik kerana akan meningkatkan nilai kereta untuk pelaburan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here