[SIRI 1] Beli kereta RM15 juta tapi tak boleh pandu di jalan Singapura

13438

Di Singapura, walaupun anda berhabis wang sehingga RM15 juta untuk membeli sebuah kereta super mewah, tidak bermakna anda boleh memandunya di jalan raya lokal.  

Kenderaan yang kami maksudkan adalah Bugatti dan seorang rakyat Malaysia, JP Chin yang membeli Bugatti Divo turut menyimpan keretanya di Singapura. Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah JP Chin, tunggu siri kedua. 

PUSAT JUALAN ASIA TENGGARA

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bugatti Singapore (@bugattisingapore)



Sebelum itu, kita lihat dahulu mengapa Bugatti membuka pusat jualan di Singapura dan benarkah kenderaan itu tidak boleh dipandu di jalan raya negara tersebut?. Pembukaan pusat pameran Bugatti di Singapura menerusi Wearnes Prestige bermula tahun lalu. 

Ia merupakan pusat pameran kedua di Asia selepas Jepun dan salah satu daripada 30 buah bilik pameran Bugatti seluruh dunia. Selain Bugatti, Wearnes Prestige juga pengedar sah jenama lain seperti Bentley, Aston Martin dan Lotus. 

Pengarah Urusan Wearnes Prestige, Victor Kwan menjelaskan hypercar Bugatti yang harganya jutaan dollar Singapura itu tidak boleh dipandu secara sah di jalan raya Singapura.

Victor Kwan

Beliau sendiri juga mengakui pembukaan bilik pameran pertama jenama itu di Asia Tenggara bukanlah pilihan terbaik. Tambahan, jenama Perancis itu hanya mengeluarkan versi pemanduan kiri.  

“Apabila bercakap tentang kemewahan, anda fikir hartanah, fesyen, automotif dan Bugatti berada di atas liga mewah automotif, jadi menawarkan bilik pameran Bugatti di sini adalah detik penting bagi pasaran automotif Singapura dan menandakan status negara sebagai hab mewah,” katanya. 

Bilik pameran rekaan ibu pejabat Bugatti di Molsheim, Perancis itu mampu memuatkan dua buah hypercar pada satu masa dan salah satu unit yang mencuri perhatian adalah Bugatti Chiron Pur Sport.

Hypercar itu mungkin boleh dimiliki oleh jutawan yang layak tetapi sayangnya tidak boleh dipandu keluar dari bilik pameran. Dengan memiliki sebuah kereta itu bukan saja mengubah status quo dalam kalangan Crazy Rich Asians bahkan berada di liga berbeza. 

PELABURAN MASA DEPAN 

Jelas Kwan, China merupakan pasaran kukuh buat Bugatti dan pembukaan pusat jualan di Singapura itu menampakkan minat ‘orang kaya’ dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

“Hampir setiap pelanggan Bugatti kami mempunyai rumah di mana-mana,” katanya. 

“Ramai pelanggan kami membeli Bugatti sebagai pelaburan atau pengumpul, atau untuk diwarisi turun-temurun. Kebanyakannya adalah edisi terhad, dan terdapat pasaran untuk kereta mewah eksotik berkenaan,” tambahnya. 

Bermula dari itu, pihak Wearnes memainkan peranan. Kemudahan penyimpanan hypercar di bangunan lapan tingkat seluas 200 kaki persegi di Jalan Leng Kee adalah ‘mimpi basah’ buat pengumpul. 

Mengapa ada kalangan pemilik yang membeli Bugatti namun menyimpannya di pusat pameran?. Ini kerana Singapura tidak mengenakan cukai bagi kereta yang tidak berdaftar dan tiada sistem AP seperti mana Malaysia. 

TAK BAYAR CUKAI TAK BOLEH PANDU ATAS JALAN 

Bahkan untuk menjualnya semula juga lebih mudah dilakukan jika kereta itu di Singapura. Ini juga salah satu sebab mengapa JP Chin menyimpan kenderaannya di sana. 

Di lokasi penyimpanan itu anda akan menemui hypercar yang sukar ditemui di jalan raya. Sebuah kenderaan vintaj pemanduan kiri yang menjadi pelaburan pemilik. Oleh kerana pemilik tidak membayar cukai jalan, jadi kenderaan itu tidak boleh dipandu di jalan raya.

Bahkan kenderaan tersebut juga dijaga rapi sesuai dengan iklim dan persekitaran  untuk memelihara material kayu, kulit dan logam kereta. Ia dilaporkan merupakan kemudahan pertama dan seumpamanya di Singapura.

“Dengan hypercar, anda membeli sekeping sejarah, warisan dan kisah jenama itu. Jadi anda benar-benar mahu merasai pengalaman memiliki kereta itu..Terutamanya untuk kereta yang anda tidak boleh dipandu.”- Kwan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here