Malaysia dipilih sebagai lokasi Pusat Latihan Serantau Volvo Car

1877

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan Pusat Latihan Serantau mereka. Terletak di Menara Symphony, Petaling Jaya, ruang terbaharu ini memainkan peranan penting untuk menjalankan latihan bidang teknikal dan bukan teknikal sebanyak 7,500 jam kerja bagi kakitangan dan pengedar kereta Volvo di seluruh rantau Asia Pasifik.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, negara ini merupakan hab yang paling sesuai kerana menawarkan infrastruktur yang baik dan tenaga kerja tempatan yang berkemampuan melaksanakan fungsi-fungsi serantau.



“Pusat latihan ini dan perkhidmatan perkongsian yang lain seperti Kluster Kewangan, Hab Teknikal, dan Perolehan yang beroperasi di sini dijangka menjana keuntungan perkhidmatan eksport lebih daripada RM100 juta dalam jangka masa 5-7 tahun akan datang,” katanya.

Volvo komited terus meningkatkan pengalaman hujung ke hujung bagi setiap pelanggan Volvo. Rangkaian pusat pengedar Volvo di Malaysia kini dilengkapi dengan pasukan selepas jualan (after sales) terlatih.

Dalam tahun 2019 juga, 90% daripada pusat pengedar Volvo turut dilengkapi dengan perisian Volvo Personalised Service (VPS). Perubahan ini membolehkan Volvo memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dan sekaligus meningkatkan lagi prestasi perniagaan.

2019 merupakan tahun yang cukup membanggakan bagi Volvo sebagai satu jenama antarabangsa. Buat kali pertama, Volvo berjaya mencapai jualan melebihi 700,000 dengan jumlah sebanyak 705,452 unit.

Di peringkat tempatan pula, Volvo Car Malaysia telah mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 1,883 unit.

Antara pencapaian pada tahun 2019 termasuklah:

  • Perkongsian pasaran yang kukuh untuk Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (‘PHEV’)
  • Melancarkan 3 kereta baharu: XC40 T5 CKD, S60 T8, dan XC90 Facelift
  • Melancarkan 5 pusat jualan baharu: Setia Alam (Motion Beyond), Johor Bahru (Pekin Auto), Mutiara Damansara (Ingress Swede Automobile), Ipoh (iRoll Ipoh), dan Ara Damansara (Sime Darby Swedish Auto) 
  • Salah satu daripada dua pasaran di Asia Pasifik yang pertama untuk melancarkan pusat jualan 100% Volvo Retail Experience

Sempena Tahun Baru Cina ini, Volvo menawarkan jualan menarik untuk model-model keretanya yang terpilih.

Pembeli baharu Volvo XC40 T5 R-Design akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, atau dikenali juga sebagai VSA 5+. Untuk XC90 T5 Momentum and S90 T5 Momentum pula, pembeli layak mendapat ang pow bernilai RM23,888 bersama pakej VSA 5+.

Model-model PHEV terpilih juga didatangkan dengan Pakej ‘Recharge’ bernilai RM10,000 bersama pakej VSA 5+. Tawaran ini sah sehingga 29 Februari 2020, termaktub pada terma dan syarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here