Surabaya terlalu panas, pengguna TikTok kongsi helmet ‘cair’ dan berlekuk

1883

Sejak kebelakangan ini terasa cuaca begitu terik sehinggakan mencucuk ke kulit jika anda terdedah secara langsung dengan cahaya matahari. 

Bagaimanapun satu kejadian yang luar biasa dan mungkin tidak pernah terfikir bahawa bentuk helmet akan berubah apabila dibiarkan terlalu lama di bawah sinar matahari.



Melalui akaun TikTok @wherearethepretzel, pengguna tersebut menunjukkan keadaan helmetnya yang tidak lagi berbentuk bulat. 

Kejadian itu terjadi difahamkan akibat suhu tinggi di sebuah daerah di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. 

“Testimoni Surabaya, helm (helmet) pun meleleh dibuatnya” tulisnya. 

@wherearethepretzel

mnangies skali helm aq n tman2 aq pun mleyot meleleh tak karuan akibat pnasnya sby nie😭😭😭😭😭😭😭 #surabaya #panas #fyp

♬ Langit – punyamu

Helmet berwarna hitam jenama TRX itu biasanya diberikan sebagai hadiah percuma apabila membeli motor baharu. 

Boleh dilihat bahagian belakang helmet berkenaan melekuk seolah terkena hentakan kuat dan siapa sangka ia akibat cuaca terik. 

Situasi helmet ‘meleleh’ itu mendapat beragam reaksi warganet antaranya:

“Maaf ngakak banget helmnya jadi peyang wkwkwk.”

“Fix Surabaya adalah planet terpanas mengalahkan planet Bekasi.”

“Fix SBY Puanas pol nggak ada lawan, menurut BMKG SBY Kota terpanas di Indonesia.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here