Kanak-kanak lelaki menangis ketakutan terserempak helmet dua muka…

2658

Helmet sangat penting bagi melindungi kepala penunggang mahupun pembonceng daripada hentakan ketika kemalangan.

Rata-rata penunggang motosikal hari ini boleh dianggap sudah mementingkan keselamatan jika melihat kepada kualiti helmet jenis muka terbuka dan muka penuh yang dipakai mereka.



Tidak sekadar gaya, jenama dan harga, ada pelbagai saiz dan ciri tambahan ditawarkan di pasaran. Bahkan ada yang memilih aksesori bagi menambah lagi penggayaan mahupun mencantikkan helmet mereka mengikut selera. 

Namun, helmet yang dipakai penunggang ini lain daripada lain. Satu video yang dimuatnaik akaun Instagram @dagelan viral gara-gara seorang kanak lelaki menangis setelah melihat helmet dua muka yang dipakai seorang penunggang. 

Kejadian yang berlaku di lampu isyarat Indonesia itu menunjukkan kanak-kanak lelaki yang duduk di bahagian depan skuter bapanya menangis teresak-esak.

Dia ketakutan melihat topeng di belakang helmet penunggang tersebut meraung memanggil emaknya yang membonceng di belakang. 

“Mama, mama,” tangis anak kecil itu memusingkan badannya. 

Situasi itu membuatkan pengguna jalan raya di sebelah menahan ketawa. Bayangkan waktu siang membuatkan anak kecil itu ketakutan apa yang bakal terjadi sekiranya pengguna jalan raya lain terserempak pada waktu malam.

Mungkin ada antara pengguna yang terkejut dan menganggap patung di belakang helmet itu adalah hantu. 

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dagelan (@dagelan)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here