Setia kawan Mat Motor dulu-dulu berbanding sekarang

6986

Bersahabat dan berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Pepatah yang sinonim dalam adat berkawan, cuma yang membezakan adalah kawan yang setia ataupun kawan yang sekadar menumpang bahagia.

Dalam dunia pemotoran, persahabatan adalah sangat penting terutama apabila sama-sama menunggang motosikal di jalanan.



Tapi benarkah persahabatan Mat Motor dulu lebih erat dan tak mengenal darjat, duit, harta dari Mat Motor sekarang?

Sedikit perkongsian dan pengalaman dari Naim Yana mengenai persahabatan Mat Motor zaman dulu, sekitar 80/90an berbanding segelintir Mat Motor zaman sekarang yang boleh anda jadikan iktibar.

Susah senang sampai mati

Zaman yang tak kisah kau siapa, dari mana, pakai motor atau helmet apa, susah senang kita setel sama-sama ibarat satu keluarga.

Tak macam kau sekarang bang, nak berkawan biar sama level. Barang kena rare, motor kena tiptop, baru boleh ajak lepak.

Leader zaman ni ibarat macam kau adik dan dia abang, tiada istilah siapa idola, siapa king. Sebelum ride macam-macam dia pesan.

“Ada masa kita speed, ada masa kita kena perlahan, solat dulu, jangan susahkan orang, jangan rem macam orang kena sawan.”

Sanggup redah one-way semata-mata cari kawan yang moto jem di belakang. Dalam hujan tolak motor kau sampai lenjun habis seluar dalam.

“Ada lagi ke kawan macam ni sekarang? Yang langsung tak kisah kau siapa?”

Kalau ada, dia memang special punya orang.

Zaman akan sentiasa berubah-ubah, tapi dimana pun dia sekarang, kawan sejati tetap seperti dulu.

Ini bukan cerita Mat Motor semata bang, tapi sebuah kisah persahabatan yang kau genggam erat sampai mati.

Kredit: Naim Yana & Owner Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here