Mat motor minta bantuan jampi sami tambah ‘power’…

1343

Tindakan beberapa pemuda tempatan membawa motosikal mereka berjumpa dengan sami di negara seberang untuk ‘dijampi’ mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi sebuah video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang sami sedang menjalani upacara membaca jampi pada dua buah motosikal.

“Tambah ‘power’, baru ramai takut,” tulisnya di kapsyen.



Sami itu turut merenjis ‘air suci’ selain menulis sesuatu pada nombor plat motor berkenaan. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan tindakan tidak masuk akal itu disebabkan pemuda tersebut terlalu obses dengan dunia permotoran atau bimbang akan kehilangan ‘harta dunia’ kesayangannya itu.

“Sayang motor abang ini, mungkin dihantar jampi elak orang curi motor kesayangan,” ujar seorang pengguna.

“Tambah power, biar boleh terbang di udara tanpa sebarang masalah,” seloroh pengguna lain.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here