“Siapa ada kawan cikgu sekolah memandu boleh PM saya, nak ambil lesen”- Stopa

2677

Semalam, kecoh di media sosial apabila tular notis saman ikon pemotoran, Haqiem Stopa kerana tidak memiliki lesen memandu.

Seorang pengguna TikTok @apait93 berkongsi video berdurasi 1 minit Instagram live Stopa yang bercerita tentang kejadian berkenaan.

@apait93

#fypシ #hakimstopa #y15zrmalaysia #viral

♬ original sound – haikal – haikal



Suara latar seorang perempuan dipercayai tunang kepada Stopa membebel kepada ikon pemotoran itu susulan kesalahan yang dilakukannya.

“Awak salahkan, polis tu nak betulkan apa yang salah, sekarang ini awak tiada lesen, orang tu suruh awak buat lesen, betul?.

“Sekarang ni polis tu salah sebab viralkan awak, kita perlu betulkan benda yang salah taknak meremehkan, geram pula aku dengan Stopa ni,” katanya geram kerana masih banyak isu atau masalah yang belum diselesaikan oleh pemuda itu.

Bagaimanapun, diau mempunyai pandangan sendiri dengan menyifatkan bahawa secara tidak langsung dirinya mendapat liputan media secara meluas.

“Orang lain nak dapatkan maklum balas daripada netizen, mereka kena bayar contohnya macam reviu. Kita takde bayar apa-apa.. Keluar laporan berita,” kata Stopa.

@apait93

#hakimstopa #viral #fypシ #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ original sound – haikal – haikal

Sementara itu, video ketiga di akaun TikTok itu juga berkongsi klip Instagram live yang menunjukkan Stopa memutuskan untuk mengambil lesen dalam masa terdekat.

“Bila dah settle semua apa yang patut, aku nak kena cari tarikh untuk lesen.

“Siapa yang ada kawan-kawan yang jadi cikgu lesen memandu, boleh PM saya bagi saya contact supaya saya boleh pilih tarikh untuk pergi studay dan buat lesen memandu,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here