DBKL: Penduduk PPR alihkan kereta tersadai dalam tempoh 14 hari

983

Mana-mana pemilik yang masih gagal mengalihkan kenderaan tersadai di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara dalam tempoh 14 hari, akan berdepan tindakan penundaan dan pelupusan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Osman Ismail berkata, tindakan itu diambil mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.



Katanya, DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Penguatkuasaan (JPK) bagi menangani aduan yang diterima berkaitan kenderaan usang yang tersadai di kawasan kediaman tersebut.

“JPKKB bertanggungjawab menyediakan senarai kenderaan usang yang tersadai di lot tempat letak kereta di PPR atau PA DBKL dan dipanjangkan kepada JPK untuk tindakan selanjutnya.

“JPK hanya akan melakukan tindakan tunda terhadap pemilik kenderaan yang masih ingkar selepas Notis Penguatkuasaan dikeluarkan kepada pemilik supaya kenderaan itu dialihkan dalam tempoh tiga, tujuh atau 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan,” katanya. 

Osman berkata, kenderaan yang ditunda akan dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan DBKL di Taman Connaught dan Notis Pemakluman dikeluarkan kepada pemilik mengenai kenderaan miliknya ditunda oleh DBKL.

“Sekiranya kenderaan masih tidak dituntut oleh pemilik selepas sahaja tamat tempoh Notis Pemakluman, kenderaan itu akan disyorkan untuk proses pelupusan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 2021, sebanyak 1,346 kenderaan buruk atau tersadai di sekitar Kuala Lumpur sudah ditunda, manakala 129 buah bagi Januari hingga April lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here