Tangan anggota tentera hampir putus termasuk rim motor

2131

Tangan kiri seorang anggota tentera hancur selepas dipercayai tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kemalangan di hadapan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dikatakan dalam perjalanan menghadiri latihan jasmani sebelum terbabit dalam kemalangan itu.



Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada jaket dan tali beg yang tersangkut pada rantai ketika motosikal yang di bonceng bersama seorang rakan sedang bergerak.

“Hasil siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng adalah anggota tentera masing-masing berumur 37 tahun.

“Kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke Pasukan 4 SKN RAJD di dalam kem berkenaan,” katanya. 

Apabila tiba di depan hospital, tiba-tiba baju panas milik pembonceng berpangkat sarjan tersangkut di spoket Yamaha Y15 yang dinaiki mereka.

“Ini menyebabkan baju itu terbelit dan menyebabkan pembonceng terjatuh ke sisi kiri motosikal lalu mengakibatkan tangan kirinya termasuk ke dalam rim.

“Akibat kemalangan itu, anggota tentera iaitu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di tangan kiri, hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri.

“Manakala penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan dan kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain. Pembonceng dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan, Kuala Lumpur,” katanya.

Anuwal berkata, siasatan lanjut masih mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit Foto: Nouar Aab

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here