Moped China Rato SVR180 tambah kuasa, bakal masuk Malaysia?

236

Rato SVR180 pesaing baharu moped Yamaha Y16ZR dan Honda RS150R dikatakan bakal dilancarkan di China dan pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Menurut laporan portal MotoSaigon, pengeluar mendedahkan data output baharu moped berkenaan yang kini lebih berkuasa. Sebelum ini Rato SVR180 memiliki janakuasa  motor 15.5hp dan tork 12.8Nm.

Terkini, enjin 149.2cc dengan teknologi EFI dan sistem penyejukan cecair itu menghasilkan kuasa 17hp dan tork 13.8Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Dari segi dimensi Rato SVR180 memiliki panjang 1940mm, lebar (700mm), tinggi (1095mm) dan tinggi pelana (790mm) bersama berat 150kg.

Output pesaing baharu berkenaan tidak jauh berbeza dengan model sedia ada walaupun pihak pengeluar meningkatkan output jentera tersebut, Benelli R18i masih lagi mendahului diikuti dengan Yamaha Y16ZR.  

  • Benelli R18i: 18hp @ 9,500rpm/ 15.1Nm @ 7,000rpm
  • Yamaha Y16ZR: 17.7hp @ 9,500rpm/ 14.4Nm @ 8,000rpm
  • Rato SVR180:  17hp/ 13.8Nm 
  • Honda RS150R: 15.4hp @ 9,000rpm/ 13.6Nm @ 6,500rpm

MotoSaigon menjangkakan harga jentera tersebut sekitar dong 35 juta (RM6,400).

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here