Pemilik Yamaha 125ZR ‘NOS’ Vietnam mahu dijual RM89k!

4430

Yamaha 125ZR ataupun di Vietnam dipanggil dengan nama Yaz 125 sangat popular dalam kalangan pengguna Vietnam dan Malaysia.

Baru-baru ini, muncul sebuah model super rare 125ZR hitam di Vietnam untuk dijual. Menariknya nilai harga kapcai tersebut anda boleh membeli sebuah model Toyota Vios atau Honda City.



Motor milik Nguyen Cuong itu merupakan model NOS (new old stock) yang mahu dilepaskan pada harga dong 500 juta (RM89,995).

Kapcai tersebut merupakan model 2013 dan dikatakan 100 peratus baharu serta belum pernah diisi petrol mahupun ditunggang. Bahkan beberapa komponen seperti pelana, cermin sisi, ekzos dan skrin meter masih berbalut plastik.

Yamaha YaZ 125 berkenaan dihentikan pengeluaran pada 2016 dan pilihan warna hitam itu lebih mahal berbanding versi Movistar kerana sukar didapati.

Harga 125ZR NOS biasanya mampu mencecah angka jualan sekitar dong 300 juta (RM54,000). Ini kerana peminat roda dua Vietnam begitu fanatik dan tidak kisah melaburkan wang besar. 

Tidak ketinggalan, Cuong juga memiliki model Yaz lain antaranya Yaz Go, Yaz 2004 dan versi Movistar yang dihasilkan terhad dengan nombor siri 3555/5000.

GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here