[Video] Terpaksa turun motor di lampu merah, orang rendah saja faham situasi brother ini!

2952

Aksi seorang lelaki yang terpaksa turun dari motornya ketika di lampu merah mengundang tawa warga maya bahkan juga perakam video.

Video yang dimuatnaik akaun TikTok @xxbbyrawrs itu menunjukkan lelaki berkenaan yang memakai kaca mata hitam menahan motor scramblernya sambil memegang bar hendal.



Apabila lampu mula bertukar hijau dia menaiki motor dan cuba mengimbangi kakinya yang tergantung. Boleh dilihat lelaki itu mengalami kesukaran kerana posisi motor scrambler yang tinggi.

Sebenarnya boleh saja penunggang tersebut menumpang meletakkan kaki pada tayar kereta berhampiran ataupun mencari lokasi bahu jalan yang sedikit tinggi jika tidak dapat mengimbangi kakinya. 

Hanya rider rendah saja memahami kesulitan lelaki tersebut terutamanya apabila berhenti mahupun melalui trafik padat. Sebenarnya postur badan yang rendah bukan satu masalah walaupun menunggang motor tinggi.

Sedangkan Dani Pedrosa yang cuma memiliki ketinggian 158cm tiada masalah menunggang sportbike. 

Perkara utama adalah skil dan keyakinan diri. Segelintir penunggang tidak yakin kerana kaki mereka tidak berpijak sepenuhnya pada jalan ataupun baru mula menunggang. 

Pengguna jalan raya lain yang berada berhampiran cuba mengabadikan momen itu kerana berasa lucu. Video yang tular di media sosial itu mendapat respons pelbagai daripada warga maya antaranya:

“Diulang-ulang tetap bikin ngakak.”

“Begini kalau motor lebih tinggi dari penunggangnya, ngakak.”

“Terasa sulit sekali kalau motornya begitu.”

VIDEO
@xxbbyrawrs

Balas @iya_5677 nih mentahannya lagi

♬ suara asli – lia – lia

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here