Belum sempat debut, Maserati Grecale kemalangan ketika pandu uji

1113

Maserati bakal melakukan tayangan perdana bagi SUV keduanya pada 16 November depan, bagaimanapun terpaksa di tangguhkan ke musim bunga 2022 kerana masalah bekalan beberapa komponen utama.

Lebih menyedihkan, belum sempat debut SUV berkenaan mengalami kemalangan ketika sesi pandu uji di Piazza Polonia di Turin, Itali.



Bahkan imej berkenaan tular selepas di muat naik salah seorang pengguna Instagram @wilcoblok yang menunjukkan SUV tersebut merempuh sebuah tiang elektrik. Namun dilaporkan tiada yang mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

BACA>>Maserati terima anugerah Product Design of the Year (2021)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᴡɪʟᴄᴏ ʙʟᴏᴋ (@wilcoblok)

Maserati Grecale memainkan peranan penting dalam transformasi jenama Maserati dan SUV itu menawarkan pemanduan dinamik menerusi pilihan varian petrol, hibrid, serta elektrik.

Selain itu, SUV mewah tersebut menggabungkan kabin premium dengan penampilan menarik dan sporty. 

BACA>>Maserati dedah teaser SUV kedua, bakal lancar 16 November depan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here